Sunday, October 24, 2010

✖ bagi aku kau sempurnakan aku✖

memang tiada manusia yang sempurna bukan...
tapi bagi aku..kau sempurna...
kelemahan bagi mu adalah kekuatan aku..
kelemahan aku adalah kekuatanmu..
cara ini kita boleh melindungi sesama kita...

bermulalah cerita...

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau tidak pernah menepis air mata aku dari terus mengalir dan mengalir...

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau tidak membenarkan aku menangis dibahu mu dan membanjiri baju mu dengan air mata aku...

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau tidak memujuk aku saat aku merajuk kerana kata-kata,sikap dan perangai mu...

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau marahkan aku kerana ketidakmatangan diri aku dan kedegilan aku...

bagi aku,kau sempurna...
walaupun kau tidak tahan dan hilang sabar dengan emosi aku yang tidak menentu ini..

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau tidak pernah menykong dan memberi semangat kepada aku saat aku mengejar kejayaan hiudp.

bagi aku,kau sempurna...
walaupun kau tidak mahu menemani aku saat aku takut dan sendirian...

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau tidak pernah membantu aku saat aku memerlukan pertolongan dari seorang kekasih untuk membangkitkan diri aku yang telah jatuh.

bagi aku, kau sempurna...
walaupaun kau sering ketawakan aku dan meninggalkan aku sendirian saat aku dalam ketakutan.

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau meninggalkan aku dibelakang keseorangan dan kau pantas jalan dihadapan bila lalu jalan penuh dengan kegelapan...

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau sering kata yang aku ini tidak cukup sempurna untuk menjadi suri rumah mu...

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau tidak pernah mencari aku untuk kita berkongsi masalah tapi kau mencari kawan mu...

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau tidak pernah hirau akan hidup dan mati aku...

bagi aku, kau sempurna...
walaupun kau tidak sayang aku seperti mana aku menyayangi mu...

bagi aku, kau sempurna...
walauapapun yang kau lakukan pada aku...

itupun sudah cukup bagi aku...
terima kasih kerana sudi melihat rupa aku...
walaupun kau merengus benci untuk melihat aku...

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select